Monday, September 21, 2015

Ibadah Korban: Bermula daripada Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib
menyampaikan khutbah Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga sebelum
tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat.

Manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. 

Sejarah Korban bermula daripada kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi yang benar untuk melaksanakan perintah menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail.

Kisah ini ada diceritakan dalam al-Quran iaitu di dalam Surah as-Shaffat dari ayat 100 sehingga ayat 109.



Terjemahan:

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! (100)

Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar. (101) 

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) 

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103)

Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) 

Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) 

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106)

Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107)

Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108)

Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109)

---------------------------------------------------------------------------


Nota: Selamat Hari Raya Idul Adha.

Kredit:

http://www.quranexplorer.com/Quran/
http://www.surah.my/37
http://khalifahalhidayah.blogspot.my/2013/10/sejarah-peristiwa-ibadah-qurban.html
https://www.rumahzakat.org/sejarah-pensyariatan-ibadah-qurban/#.VgACkPmqqko

No comments:

Post a Comment