Sunday, January 3, 2016

Persekolahan Tahun 2016.

Alhamdulillah syukut ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurniaNya kita dapat menempuh tahun mendatang.

Selawat dan salam untuk junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya, tabiin dan seluruh umat Islam (manusia) semoga sentiasa dirahmati dan diberi keampunan oleh Allah SWT.

Insya Allah seluruh warga Sekolah Kebangsaan Lohan Ranau akan menempuh sesi persekolahan untuk Tahun 2016 dan semoga SK Lohan bertambah maju dan jaya.

Untuk guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bolehlah memuat turun bahan-bahan untuk keperluan mengajar di link ini --- >>> KLIK SINI Kredit kepada unit jQAF SK Sulaiman.

Tuesday, December 8, 2015

Cuti sekolah akhir tahun 2015

Assalamualaikum wbt dan salam hormat.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dapat melaksanakan tugas seharian untuk memakmurkan bumi ini serta mengumpul sebanyak-banyak ganjaran kebaikan untuk menjadi bekalan kita semua di akhirat nanti.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda dan seluruh umat Islam dan umat manusia semoga semuanya menerima hidayah Allah SWT.

Sekarang murid-murid sedang bercuti akhir tahun sesi persekolahan 2015. Diharapkan kepada semua murid-murid SK Lohan dapat memenuhi cuti ini dengan perkara dan aktiviti yang bermanfaat seperti jangan tinggal solat fardhu, menolong ibu bapa di rumah atau di kebun, menziarahi sanak saudara, mengaji Iqra dan al-Quran dan semua perkara yang berfaedah.

Insya Allah, kita jumpa pada sesi persekolahan akan datang pada tahun 2016.

PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN j-QAF

 PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN j-QAF


Rujukan:


1. PENDAHULUAN

Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

2. KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam
sekolah rendah akan dapat:

a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;
b. khatam al-Quran;
c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan
d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.

4. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Kredit kepada : http://jqafbpi.blogspot.my/p/dasar-pekeliling.html

Monday, November 16, 2015

UPSR 2015. Siapa yang bersabar akan beruntung

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah, semoga semua warga SK Lohan sentiasa dalam rahmat dan keampunan Allah SWT.

Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh murid tahun 6 serta ibu bapa mereka, kerana esok adalah hari keluarnya keputusan UPSR tahun 205.

Pihak Panitia Agama Islam SK Lohan ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua sama ada keputusan pada esok hari tidak seperti mana yang kita inginkan, kerana perjalanan dan perjuangan kita masih panjang, apa yang ialah BERJAYA DI DUNIA dan BERJAYA DI AKHIRAT.

Pepatah Arab ada yang berbunyi:

من جدّ وجد 

Man jadda wajada

Barang siapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan mendapatkan




Man shabara zhafira. 

Siapa yang bersabar akan beruntung

Monday, September 28, 2015

KENYATAAN MEDIA FORMAT BAHARU PEPERIKSAAN PUSAT UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) MULAI TAHUN 2016

KENYATAAN MEDIA
FORMAT BAHARU PEPERIKSAAN PUSAT
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
MULAI TAHUN 2016
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.
UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan. UPSR yang juga memberi penekanan kepada penguasaan literasi, numerasi dan KBAT berhasrat untuk mentaksir pencapaian pembangunan kemahiran seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan kreativiti. Kesemua enam mata pelajaran yang ditaksir melalui UPSR adalah juga mewakili mata pelajaran yang dipelajari di peringkat sekolah rendah.
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan keseluruhan peperiksaan tersebut bermula daripada penghasilan kertas peperiksaan, pengendalian peperiksaan, penskoran, penggredan, pengumuman keputusan peperiksaan dan pengeluaran pernyataan keputusan peperiksaan. Pernyataan keputusan UPSR 2016 adalah merupakan satu daripada pelaporan akhir pendidikan rendah seluruh negara yang lebih holistik, komprehensif dan bermakna. Pelaporan kepada setiap murid akan diberikan secara serentak, iaitu:
i. Pernyataan Keputusan UPSR dalam bentuk gred A hingga E yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
ii. Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam bentuk deskriptif yang dikeluarkan oleh pihak sekolah menggunakan format dan spesifikasi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Format dan contoh instrumen UPSR mulai 2016 akan dimuatnaik ke laman sesawang Lembaga Peperiksaan yang boleh dicapai melaluiwww.lp.edu.my pada 28 September 2015.
Sekian dimaklumkan.
Kementerian Pendidikan Malaysia
28 September 2015

Sunday, September 27, 2015

Ibu bapa sebagai role model.

1. Menjadi contoh bagi anak-anaknya dalam perkataan dan perbuatan supaya perkataanya menepati perbuatannya.

2. Bermain dengan anak-anaknya, baik yang besar mahupun yang kecil dan berusaha menjadi teman yang baik.

3. Berusaha supaya tidak meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama kecuali dalam keadaan terpaksa.. Sebaliknya perlu ada komitmen untuk meluangkan waktu bersama keluarganya, menyampaikan nasihat dan peringatan bersama mereka.

4. Memerhatikan perkembangan  pembesaran anak dalam rangka untuk mendidik mengikut kesesuaian mereka dengan cara menasihati, bercerita atau membuat perumpamaan.

5. Menghindari bermewah-mewah kerana itu merupakan sumber kerosakan. Menghindari hidup berlebih-lebihan kerana itu adalah fitnah.

6.  Menghindari hidup lalai.

7. Membiasakan mereka menghafaz al-Quran  bermula dari kecil.

8. Mencegah anak-anak daripada meniru perilaku orang kafir.

9. Mencegah anak-anak berteman dengan orang yang melakukan maksiat.

10. Mencegah anak-anak meniru gaya wanita (bagi anak lelaki) dan sebaliknya.

Dipetik daripada buku:

Buka Minda Untuk Takluk Dunia:Kunci Kejayaan oleh Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni